Bengkel Pemantapan Permohonan FRGS 2020
Bengkel ini telah diadakan pada 20 Januari 2020 untuk membantu para pensyarah UTHM memantapkan proposal bagi yang berminat untuk memohon geran FRGS. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) merupakan salah satu skim geran yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan terbuka kepada semua kakitangan akademik IPTA dan IPTS yang memenuhi syarat-syarat tertentu. Diharapkan agar bengkel ini berjaya meningkatkan kadar peratusan bilangan pensyarah daripada FPTP yang berjaya mendapatkan geran FRGS.